DASAR EKONOMI BARU
LATAR BELAKANG
Pada tahun 1970, Dasar Ekonomi Baru
diperkenalkan. Bagi singkatan Dasar Ekonomi Baru iaitu DEB. DEB dilaksanakan
atau diperkenalkan pada oleh Perdana
Menteri Tun Abdul
Razak Dato’ Hussein
kerana reaksi peristiwa
rusuhan perkauman pada
13 Mei 1969.
DEB dilaksanakan antara
tempoh 1971 hingga
1990. DEB merupakan
salah satu rancangan
pembangunan dan ekonomi
dalam masyarakat yang
berbilang kaum. Kerajaan
Malaysia melancarkan DEB
melalui RRJP iaitu
Rangka Rancangan Jangka
Panjang dalam antara
tahun 1971 hingga
1990. Selepas Kemerdekaan
atau sebelum dasar
DEB dilancarkan terdapat
pelbagai program-program pembangunan
didapati banyak masalah
yang belum dapat diatasi
dalam aspek sosioekonomi
masyarakat.
Terdapat
banyak masalah Jurang
Sosioekonomi yang serius
dalam negara. Dengan
ini, pelaksanaan atau
tindakan oleh Kerajaan
Malaysia perlu dilakukan
dengan segera untuk
mengatasi masalah tersebut
supaya perpaduan masyarakat dan
negara tidak tergugat.
MASALAH JURANG
SOSIOEKONOMI
SOSIOEKONOMI ANTARA
DESA DAN BANDAR
SOSIOEKONOMI ANTARA
BUMIPUTERA DENGAN BUKAN
BUMIPUTERA
SOSIOEKONOMI ANTARA
NEGERI PANTAI TIMUR
DENGAN NEGERI PANTAI
BARAT
SOSIOEKONOMI
ANTARA NEGERI DI SEMENANJUNG TANAH
MELAYU DENGAN SABAH
DAN SARAWAK.Terdapat banyak masalah Jurang Sosioekonomi yang serius dalam negara. Dengan ini, pelaksanaan atau tindakan oleh Kerajaan Malaysia perlu dilakukan dengan segera untuk mengatasi masalah tersebut supaya perpaduan masyarakat dan negara tidak tergugat.
TINDAKAN
YANG DILAKUKAN OLEH
KERAJAAN MALAYSIA
Mengurangkan dan
membasmi kemiskinan dengan
menambahkan pendapatan dan
memperbanyakkan peluang pekerjaan
Menyusun semula masyarakat
dengan cara mengurangkan
atau menghapuskan pengenalan
kaum dalam sistem
ekonomi
Dalam sektor pertanian
merupakan kaum yang
berada dalam senarai
kadar kemiskinan ASPEK KEMISKINAN
- ASPEK KEMISKINAN
Di Malaysia, terdapat
pelbagai kaum yang terdiri daripada
kaum Melayu, kaum
India, kaum Cina
dan termasuklah masyarakat
Sabah dan Sarawak.
Masalah kemiskinan di
Malaysia telah menyebabkan
perpaduan yang tidak
seimbang dalam masyarakat
dan sukar dipupuk.
Perpaduan yang tidak
seimbang berlaku kerana
wujudnya jurang kemiskinan
dan kekayaan yang
terlalu besar dalam
kalangan masyarakat di
Malaysia. Aspek kemiskinan
merupakan salah satu
tumpuan dalam DEB
untuk menjayakan dasar-dasar
DEB ini. Masalah
kemiskinan ini berlaku
di luar bandar dari
sudut pandangan kasar,
tetapi di bandar
juga . Dalam
sektor pertanian dikuasai
oleh kaum Bumiputera.
Kaum Bumiputera dalam
sektor tersebut mengamalkan
pertanian tradisional. Terdapat
banyak faktor yang
boleh dikaitkan dalam kemiskinan
di Malaysia
FAKTOR-FAKTOR KEMISKINAN
DI MALAYSIA YANG
BOLEH DIKAITKAN
Bencana
alam
Harga
barang eksport
Saiz
isi rumah
Pergantungan orang
tengah
corak
pertanian
Faktor-faktor kemiskinan yang
boleh dikaitkan seperti
bencana alam, disebabkan harga
barang eksport, saiz
isi rumah, pergantungan
orang tengah , corak pertanian
dan beberapa faktor
yang lain.
Terdapat pelbagai bencana
alam seperti banjir. Banjir boleh
menyebabkan pertanian dan
harta benda musnah
dengan mudah. Oleh
itu, penggunaan wang
akan meningkat kerana
perbaiki semula pertanian
dan juga ganti
harta benda yang
musnah. Di samping
itu, kejatuhan harga
barang eksport yang
disebabkan berlakunya kemelesetan
ekonomi dunia.
Saiz isi rumah
juga salah satu
faktor kemiskinan. Saiz
isi rumah yang
terlalu besar yang
boleh menyukarkan menanggung
kos sara hidup
yang mahal. Selain
itu, penduduk mengharapkan
atau pergantungan orang
tengah dengan harga
barangan tidak munasabah.
Sebagai contoh, orang
tengah membeli barangan
dengan harga yang
murah, tetapi menjual
dengan harga berlipat
kali ganda kepada
masyarakat.
Akhir sekali, faktor corak pertanian. Penduduk pendalaman masih mengamalkan pertanian tradisional yang menggunakan tenaga buruh yang banyak.
Akhir sekali, faktor corak pertanian. Penduduk pendalaman masih mengamalkan pertanian tradisional yang menggunakan tenaga buruh yang banyak.
ANTARA
USAHA YANG DILAKUKAN
MELALUI DEB :-
ü
Mewujudkan peluang pekerjaan
untuk semua golongan
terutamanya penganggur.
ü
menambahkan daya pengeluaran
dan pendapatan.
ü
mengurangkan perbezaan pendapatan
di antara kawasan
bandar dan di
luar bandar.
ü
memberikan peluang pekerjaan
ke sektor yang
lebih lumayan bagi
meningkatkan pendapatan.
ü
meningkat kemajuan luar
bandar dengan memperkenalkan teknik
pertanian moden.
ü
mewujudkan suasana pekerjaan
yang menggabungkan pelbagai
kaum di dalam
negara
ü
memperbaiki taraf dan
kualiti kehidupan masyarakat
dalam pelajaran, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan
sebagainya.
- STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN
BAGI
STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN
INI TERBAHAGI DUA:-
KEMISKINAN DI LUAR BANDAR
KEMISKINAN DI BANDAR
- KEMISKINAN DI LUAR BANDAR
Bagi kemiskinan di
luar bandar terdiri
daripada penanam padi,
pekebun-pekebun kecil, nelayan,
penternak dan juga
pekerja estet. Pada
tahun 1970, terdapat
kira-kira hampir 50%
penduduk berpendapatan rendah
dan juga di bawah garis
kemiskinan iaitu lingkungan
RM200.00 dan juga
86% daripada jumlah
itu daripada penduduk
kampung atau dikenali
penduduk luar bandar.
Oleh itu, pihak
kerajaan telah melakukan
pelbagai kemudahan perkhidmatan
awam. Kemudahan awam
yang dimaksudkan ialah
kemudahan pendidikan, kemudahan
kesihatan, kemudahan bekalan
air dan juga
kemudahan bekalan elektrik.
Di
samping itu, pihak
kerajaan juga memberi
bantuan subsidi baja,
biasiswa dan buku
teks percuma. Makanan
tambahan untuk kanak-kanak
dan program rumah
murah turut juga
disediakan oleh kerajaan
Malaysia.
Selepas DEB diperkenalkan
kadar kemiskinan pekebun
kecil getah berkurangan
daripada 64.7% pada tahun
1970 kepada 40%
pada tahun 1987.
Oleh
itu, kadar kemiskinan
pekebun kecil getah
menurun sebanyak 24.7%
dalam tempoh 17
tahun.
Kadar kemiskinan penanam
padi pula, berkurangan
daripada 88.1% pada
tahun 1970 kepada
50.2% pada tahun
1987. Kadar kemiskinan
penanam padi juga
turut berkurangan sebanyak
37.9% dalam tempoh
17 tahun juga.
Selain itu, bidang-bidang
lain juga turut
berkurangan.
Seterusnya, taraf hidup
penduduk dapat ditingkatkan
oleh usaha-usaha pihak
Kerajaan Malaysia. Kadar
kemiskinan penduduk dapat
dikurangkan daripada 49.3% pada
tahun 1970 kepada
17.1% pada tahun
1990 dalam tempoh
20 tahun dan
ia memberikan kesan
positif atas usaha
ini.
- KEMISKINAN DI BANDAR
Kumpulan
kemiskinan di bandar
terdiri daripada sektor
pembinaan, sektor pembuatan,
sektor perlombongan, sektor
pengangkutan, perkhidmatan, perdagangan
dan pelbagai sektor
lain.
Selepas
DEB dilancarkan, dasar
DEB telah berjaya
mengurangkan kadar kemiskinan
di Malaysia. Dalam
tempoh 20 tahun
sahaja kadar kemiskinan
di bandar berjaya
dikurangkan. Kadar kemiskinan
berkurang daripada 21.3%
pada tahun 1970 kepada
7.5% pada tahun
1990 atau sebanyak
13.8% berjaya dikurangkan
kadar kemiskinan tersebut.
Jangka hayat juga
semakin bertambah baik
dan perkembangan dengan positif
dari aspek pelajaran,
peningkatan yang mendadak
dalam bilangan pelajar
sama ada di sekolah
rendah mahupun sekolah
menengah. Kadar masyarakat
yang kenal huruf
juga turut meningkat
dengan baik. Dalam aspek kemudahan
awam seperti bekalan
air paip, bekalan
elektrik serta kemudahan
tandas yang sempurna
di sekitar penduduk
luar bandar.
- STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
Kesan yang ditinggalkan oleh British ialah
berlakunya tumpuan kaum
mengikut fungsi ekonomi
yang disebabkan dasar
pecah dan perintah
yang diamalkan . Dengan ini ia menyukarkan
agihan kekayaan dan
keadilan ekonomi negara
dan juga ia
menyukarkan perpaduan kaum dilaksanakan . Ketidakseimbangan yang
berlaku sebelum ini
dapat diatasi dengan
cara menyusun semula
masyarakat negara ini . Pelbagai sektor
ekonomi seperti pengangkutan,
pembinaan, perindustrian, perdagangan,
pertanian, perlombongan, pelajaran
dan juga perumahan
yang terlibat dalam
beberapa program yang
dilaksanakan oleh kerajaan.
- · meningkatkan pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum..
= pendapatan kaum bumiputera dapat ditingkatkan dan mengurangkan perbezaan pendapatan kaum lain.
= Pada tahun 1970 pendapatan kaum Bumiputera 172 sebulan meningkat kepada 614 pada tahun 1987.
= Kadar kemiskinan bagi semua kaum telah menurun dan menunjukkan kesan positif
- · Penyusunan semula corak guna tenaga.
= kaum Melayu amat kurang terbabit dalam ‘ ikhtisas dan teknik’ dan juga kaum Melayu lebih ramai terlibat dalam perguruan.
= orang Melayu digalakkan menyertai sektor perniagaan supaya tidak mempunyai jurang yang terlalu besar berbanding dengan kaum lain.
- · Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.
= permodalan ataupun memegang mana-mana saham amatlah sedikit dalam kalangan Bumiputera.
= Golongan Bumiputera digalakkan untuk menyertai sektor ini
= strategi ini telah memberi kesan positif
No comments:
Post a Comment